MAKLUMAT PSS
SEJARAH PENUBUHAN PSS SK.SERI LANGKAP
PSS SK Seri Langkap dibuka pada tahun 2005
iaitu sama dengan pembukaan sekolah ini. Pada peringkat awal unit asas PSS
iaitu perpustakaan dibuka terlebih dahulu dengan menempatkan koleksi buku-buku
yang agak sedikit jumlahnya. Kedudukan kewangan dan faktor tempoh masa
pembukaan sekolah yang masih baru sedikit sebanyak menyebabkan koleksi bahan
berkurangan dan tidak mencukupi.
Pihak sekolah hanya bergantung kewangan sekolah bagi
peruntukkan PSS.
Pada tahun yang sama pihak sekolah juga telah membuka
bilik BBM dan Bilik Tayang. Walaupun pada ketika itu kelengkapan peralatan masih
tidak mencukupi iaitu Televisyen dan kerusi. Dengan pembukaan bilik
berkenaan,PSS sekolah ini telah mempunyai komponen PSS yang lengkap untuk
beroperasi dengan sempurna dan berkesan.
Infrastruktur :
Terbahagi
kepada unit-unit yang ada:
- Unit Perpustakaan
- Unit Bilik Tayang
- Unit BBM
- Unit ICT
Lokasi PSS
Lokasi Pusat Sumber Sekolah
Pelan sekolah PSS SK.Seri Langkap bertempat di bahagian bawah,iaitu laluan kekelas dan bersebelahan dengan Bilik Tayang dan Bilik BBM. Ianya juga berhampiran dengan pejabat dan bilik guru.Manakala bilik ICT pula berada ditingkat satu iaitu diatas bilik perpustakaan. Selain dari terminal-terminal utama PSS, SKSL juga telah mewujudkan bilik-bilik khas seperti sudut Nilam dan Taman didalam perpustakaan.
VISI DAN MISI
Pusat Sumber
VISI
Beriltizam untuk
memartabatkan bangsa yang berketrampilan melalui kecemerlangan ilmu dan takwa
serta berasaskan teknologi maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
Melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan bertakwa
serta mampu bersaing dalam era globalisasi melalui perancangan dan perlaksanaan
program secara objektif dan bersepadu.
Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .
Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
0BJEKTIF
- Meningkatkan taraf pengajaran pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik.
- Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ’calk dan talk’ sahaja.
RASIONAL
- Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat memabaca, tabiat ingin tahu atau menanya dikalangn murid-murid melalui penggunaan bahan di PSS.
- Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain.
- Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat software.
- Menyediakan keperluan murid dan guru yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.